Monday, May 30, 2011

All things that happened since Friday until now..

KEM MUDAHNYA SKOR A+ SPM

Kem Belajar
tq kpd cg2 BAT,KIM,BIO,+MATH,SEJ(cg zakaria dtg kali ke-2),FIZ,PSI

Slot Qiamullail,bacaan Yaasin
tq kepada ayah Lutfi..ustaz Ismail,PK HEM,ustaz Jusoh,ustaz Muhammad,abang2 F6 yg join,Pengetua baru(LAMA)

Slot bertemu Senior SHAMS
tq abg2 dan kakak2 yg sudi kongsi tips,semangat dan dorongan

Slot abg Long(Lukman Hakim)
nasihat abang ada betulnya...
tapi sy tetap xpercaya bahawa kawan2 saya dan orang2 disekeliling saya xada kaitan dgn sy..
mereka ada kaitan dgn saya...baik buruk mereka mcm mana pun..mereka org yg dekat dgn sy...
soal kita berjaya atau tidak...semua bergantung pada diri kita...
mcm ustaz zulkifli kata kalau berjaya Alhamdulillah..kalau tidak berjaya,tak bermaksud salah kita,org lain atau Allah...itu adalah ujian buat kita...hatta kita berjaya sekalipun,itu merupakan ujian buat kita,adakah kita bakal bantu kawan2 kita yg kurang berjaya???

Kem Motivasi Kaunselor(Tn.Nafis)
tq cg. kerana sudi mengisi kekosongan kaunselor seri nilam..
cg mmg terbaikkkkk

Slot makan dan minum...
mmg "kenyang giler"

tq kpd pk1,cg nordiana yg sentiasa memantau kem kami serta guru2 lain yg terlibat secara tidak langsung..



BARCA MENJULANG TROFI LIGA JUARA-JUARA EROPAH

"fenin memikirkan formula utk menewaskan Barca"

"inilah orang2nya"

"finally messi scored a goal in England"

BARCA WON 3-1












TERENGGANU KALAH KELANTAN MENANG
hanya tinggal berapa perlawanan shj lg..semoga menang Liga Super










VETTEL MENANG LAGI


teruskan mencipta sejarah anda





amacam cool x ha??


Thursday, May 26, 2011

Ceramah Motivasi Ustaz Zulkifli Hamzah(Angkatan Bimbingan Insan-ABI)SHAMS TERENGGANU

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya dan rakan2 STAR diberi peluang mengikuti program yang padat dengan input yg TERamat berguna...semoga program seperti ini dilaksanakan dari masa ke masa yg akan datang..Semoga sy dan para sahabat sekalian dpt sama2 mengambil pengajaran drpd ceramah ini...Insya-Allah kita muhasabah diri kita bersama2


Kemaafan yang tidak terhingga kepada Ustaz Zulkifli Hamzah yg menanti pelajar STAR masuk ke Bilik Mesyuarat Saidina Osman lebih 1/2 jam...


Jum.Kehadiran:57/90(ada yg terlibat dgn perkara yg xdpt dielakkan..itu xapa la..ni ada golongan yang xterlibat dgn apa2 perkara penting pun still diorang xnak datang..marilah kita sama2 doakan semoga mereka diberi hidayah oleh Allah untuk mengikuti majlis2 ilmu seperti ini..)


Insya-Allah,sy akan kongsikan serba sedikit ttg apa yg sy peroleh pd petang tadi...kpd rakan2 STAR yg xhadir dan pelajar2 biasa yg xberpeluang mengikuti program ini...bolehlah ambil pengajaaran serba sedikit ttg apa yg bakal sy coretkan...


SIAPAKAH AKU???? 
ROH

JAWATANKU???
KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

apakah makna khalifah bagi kita??
adakah jwpn kita pemimpin,pengganti pemimpin...xdinafikan semua itu benar,akan tetapi maknanya yg lebih menyeluruh ialah TANGGUNGJAWAB...
Kita TANGGUNG SEKARANG...Kita JAWAB NANTI...
apa sahaja yg kita hendak lakukan sekarang kita boleh melakukannnya..tapi apakah kita bersedia utk jawab pada Allah di pdg Mahsyar nanti????Tepuk dada tanya IMAN.

TUGAS2KU:
(1)ALLAH:Abdikan diri kpd-Nya
(2)MAKHLUK:Kasih sayang kepada semua
(3)ALAM:Makmurkan dan harmonikan

Mari kita lihat yg pertama dahulu:
mengabdikan diri dan memperhambakan diri..apa bezanya??
hamba ni diibaratkan kita cekik seseorang itu..akan tetapi org tu masih mempunyai ruang kecil dilehernya utk melepaskan diri....Berbalik kpd abdi pula kita xmempunyai peluang langsung utk melepaskan diri..dlm erti kata lain kalau difikirkan logik akal kita akan mati kerana xada peluang langsung utk melepaskan diri.....

JADI,apa kaitannya dgn diri kita????Sahabat2 sekalian sekiranya kita benar2 mengabdikan diri kita kepada Allah,nescaya kita selamat dunia akhirat...TETAPI..Persoalannya ialah SEJAUH MANAKAH KITA KENAL ALLAH????Adakah kita hanya tahu melaungkan nama2 Allah setiap pagi?Tahu sifat2 Allah??ADAkah kita dikira mengenali ALLAH hanya dgn perkara2 itu...RAMAI antara kita skrg ni termasuk diri sy xmengenali ALLAH...kerana apa??kerana kita sudah salah konsep..apa yg kita laksanakan skrg ini bukannya kerana ALLAH semata2...

Cthnya,memandangkan kita baru habis mid-year exam..mari kita pandang kebelakang semula..UTK APA KITA BELAJAR???UTK LULUS DGN CMRLG????UTK A+???Sepatutnya kita belajar KERANA ALLAH....Kita jgn nak bongkak dan hipokrit la ek...Dekat bibir kata sy belajar kerana ALLAH..pada hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI...
Kalau kita tgk senario masa kini..sstm penddkn kita dpengaruhi dgn glgn YAHUDI dan sekutunya..Cthnya,kenapa kalau kita lambung benda keatas..benda tu akan jatuh balik..???
Adakah jwpn anda kerana GRAVITI??NEWTONS LAW YG DIREKA ISAAC NEWTON??FREE FALL,U=0??Jwpn anda salah...jwpn yg sebenarnya ialah KETETAPAN ALLAH...

Orang Islam dah lama tahu pasal semua ni..tapi xada seorang pun yg bagitahu penemuan tu dgn cara ltk nama mereka pada penemuan itu seperti yg dilakukan org kafir..
Mari sy berikan cth yg lain pula...Kita berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa kerana perintah ALLAH..
Tu pun masih ada yg derhaka..Persoalannya sekiranya ALLAH xperintahkan utk buat baik kpd ibu bapa kita..apakah kita akan jaga mereka??jaga perasaan mereka?jaga kesihatan mereka??
Bagi sy sekiranya ALLAH tidak memerintahkan kita berbuat baik kpd ibu bapa..nescaya setiap insan pasti derhaka kpd ibu bapa mereka..

kita imbaskan sedikit dgn pembelajaran kita..kenapa 2^0(dua kuasa kosong)/ataupun apa2 no.sekalipun asalkan kuasanya 0 jawapannya 1....
Sebabnya ialah tidak kira hebat mana pun kita...besar mana pun rumah kita..kaya mana pun kita..tinggi mana pun pangkat kita....JIKA KITA HENDAK BERTEMU YG 1..KITA KENA HILANGKAN KUASA KITA..
maksudnya ialah kita lupakan semua nikmat yg kita dapat,kita letak tepi semua kelebihan yg kita ada,Insya-ALLAH kita akn bertemu dgn-NYA..

ke-2:
makhluk.kasih sayang kepada semua...
kalau boleh kita sesama makhluk ni jgnlah terlalu ikut peraturan sgt...SY TAK KATA KITA LANGGAR PERATURAN....sy cuma kata kita sebagai manusia ni kena beri kelonggaran sesama makhluk..
Allah beri kelonggaran kpd kita..cthnya dlm solat..kalau xboleh berdiri,solat duduk...
Allah beri kelonggaran kepada makhluknya...Inikan pula kita sesama manusia..
Kalau pgws yg jaga pintu pagar tu tgk ada org dtg lewat..jgnlah terus tulis nama..mgkin dia ada masalah...
beri peluang kpd dia utk berubah dan baiki diri...kalau masih berulang tulis nama,bagitahu guru disiplin dan ambil tindakan supaya bukan shj menyedarkan diri dia bahkan org lain supaya tidak melakukan perkara yg serupa..

ke-3:
alam,makmurkan dan harmonikan..
ustaz Zulkifli bagitahu kita xboleh membakar haiwan yg masih hidup kerana BAKAR MEMBAKAR NI SEMUANYA URUSAN ALLAH...
semua antara kita pernah bunuh nyamuk..persoalnnya...apa salah nyamuk tu???nyamuk tu hanya ambil darah kita sikit je..kenapa kita bunuh sampai dah xnampak rupa nyamuk langsung...
Hati2 ye sahabat sekalian kerana dikhuatiri kita akn didakwa nyamuk itu di padang Mahsyar..
Utk mengelakkan kita didakwa kita kena betulkan niat kita..kita bunuh nyamuk kerana nak buang penyakit yg dibawa binatang tu...Jangan sesekali kita bunuh binatang kerana benci....bunuhlah dgn kasih sayang..


KHALIFAH/PELEPAH/SAMPAH
semoga kita menjadi khalifah yg sebaik mungkin :)

KOMPONEN DIRIKU

ROH terbahagi kpd 4
1.Nafsu
2.Akal
3.Nafas
4.Jasad

Nafsu_100%_Matlamat

Akal_Strategi_Fokus

Nafas_Ketenangan_TAWAKKAL_sebelum/semasa/selepas berusaha

Jasad_Kerjasama_Ketua


Alhamdulillah dgn menggunakan komponen2 ini kami berjaya mengharungi permainan yg diadakan
Permainan ini sy beri nama Cooperation Ball
syrt2 permainan 1.mula dgn HUSNA(nama sebenar)
                         2.semua orang kena sentuh bola
                         3.akhir dgn HUSNA(konpom nama sebenar)
                         rasa mcm ada yg tertinggal je..
                         permainan yg kami jlnkan melibatkan 57 pelajar
                         pljr lelaki star yg hadir>HATIM HAMZAH(5A1)
                                                          >DANIEL HAZIM(5A1)
                                                          >SYAMIL ZAFRAN(5A1)
                                                          >RIDHWAN(5A1)
                                                          >ABQARY AIMAN(5A1)
                                                          >IFFAT ALIAS(5A2)
                                                          >TUAN PUNYA BLOG NI(5A....)
Alhamdulillah kami mengharungi permainan ini menggunakan komponen2 diri kami dgn sehabis baik..

Masa yg mula2 kami catatkan ialah 2minit something...kemudian masa yg dicatatkan ada naik ada turun dan akhirnya permainan ini kami selesaikan dalam masa 9.25saat(lebih kurang tapi mmg 9 saat)

berapa ratus% naik kalau kira...syukur..

Antara selingan ustaz Zulkifli
Ada seorang Bos dia...lupa pulak ayat rempah ratus adabi...Pada suatu hari,ada seorang Bos nama dia Bob(student shams spm2001 5a3) dia dah xtahan,HA!!!!dia pun nak melepaskan hajat yg terpendam tapi dia ada problem iaitu dia bawa beg berisi rm100000..so dia terjumpa tandas awam dijaga oleh Yana(student shams spm2011 5a3 sdg kerja sambilan slps plkn tggu tawaran U)..pada pndapat anda semua adakah Bob sanggup meninggalkan beg itu kpd Yana...Pastinya tidak,lalu Bob masuk ke tandas dan membuang hajat sambil ditemani begnya itu...
1jam kemudian.....4jam kemudian......1 hari kemudian...acah je....jgn marah ye..
5tahun kemudian...Yana sudah tamat menghabiskan pengajian di U terkemuka di UK(bukan Ulu Klang dan bukannya united kingdom..ikut suka anda semua nak translate)Yana pun kebetulan dpt kerja di syrkt Bob yg dulu xtahan membuang hajat..skrg xlagi kerana Bob telah membuat tandas dalam biliknya di syarikatnya pun....HAdoiii...tendang pun xkena cakap pun xguna kita sambung aje la kisah mistik ini..Yana pun kerja dgn tekun...gaji pertama YAna ialah sebanyak rm 10000....WOOOOWWW..baru kerja dpt bnyk tu...mesti dia rajin belajar dulu...(kena ambil pengajaran la ye...nak jadi mcm Yana...ha!!kena la rajin belajar,hormat guru,ibu bapa dan jaga hub. dgn org disekeliling kita....mcm yg Yana buat tu...)BERSAMBUNG.......


















Gurau je...setelah bekerja selama 5thn..............nak dijadikan,cerita suatu hari Yana,Bob,driver syrkt(lupa pulak nak kenalkan watak driver ni..dia pun student shams spm1994,org selalu panggil dia Zoopa,xada kaitan dgn zoo pun...tapi mungkin ada,sikit kut,jgn main2 dgn dia tau gaji dia mengalahkan gaji doktor rm50000 sebulan..entah apa yg dia jaga sy pun xtahu ke jaga zoo...hahaha..jgn marah ye Zoopa)diorang bertiga pergi outstation dkt South Africa pasal syrkt Bob nak bekerjasama dgn syrkt pengeluar robot yg terhebaat yg mengeluarkan robot ROBOROI..(mcm kena batang idung sendiri je..xpe la sikit je kut)so dlm perjalanan tu Bob dan Zoopa sakit perut kerana buatan diri sendiri..ye la makan main sedap masuk je..mana xsakit perut..dibalunnya nasi lemak 3 bungkus yg dibawa dr MAL..masalahnya bukan pasal 3bungkus ke berbungkus2 ke apa...prob.nye ialah nasi tu jadi basi pasal temperature dkt Afrika Selatan xsesuai utk nasi lemak terus lemak kerana lemak pada nasi itu telah menjadi  .......... cukup2 xnak gelar2 dah..so diorang pun cari tandas..dah la bangunan cat warna gelap..xtahu mana satu tandas ke supermarket ke bank ke..silap masuk susah nak keluar pasal gerenti dah terbuang...nak di'panjang'kan cerita Yana ditinggalkan dgn kereta LOTUS ESPIRIT(kebanggaan MALAYSIA)(setahu aku kereta tu ada 2 seats je..dkt mana Yana duduk ek..owh Yana naik teksi je..masa Bob dgn Zoopa cari tandas Yana diamanahkan untuk jaga barang dalam kereta tu...ha!!!nak tahu x barang apa??berlian ber'karet'2 utk isteri tercinta(beli dkt Afrika Selatan murah sikit kata Bob..ah!!sibuklah Bob ni..org nak cerita dia pun nak..jadi cuba bayangkan adakah Yana akn lari dgn berlian tu(murah2 pun ada dlm 40 juta tu..eh silap2 tu ayt dr rozmey..bajet Bob sikit je..rm1.5juta 'je')dgn memandu Lotus tu..ye la kan jaga kereta mesti ada kunci kan..jadi agak2 korang kan Yana buat ke mcm tu....

penonton 1(dr Johor):yana xambeknye gua cakap lu..ye la dia kan budak baik,taat perintah ibu bapa,taat Allah jadi xmungkin la dia buat mcm tu..

penonton2(dr penang):kami rasa dia ambil berlian tu,sat nanti dia pi jual dkt KOMTAR...cek na beli dari dia
(maafkan krew kami...silap tanya..budak 8thn la katakan)

penonton 3(dr Terengganu):Dah mu ni bakpe gi tanye aku solan2 gini..aku dok leh orang tanye aku lebih kurang..mung tau dok pasal watak sape tu tadi...Wana,YAna...ahh..xkesoh la pemenda pun name dia..mung tau dok pasal dia la aku cabut serban..aku ni Imam Surau Flat Hiliran ni..pasal puang ni aku dok leh nak azan..dok abih mikir bakpe la mung buat citer gini yg dok berkesudahan...(sensitifnya 'komeng' orang ganu'..kalau xtarik micr.1jamxhabis cakap 3jam Insya-Allah,pasal dia nak gi..ish3 tgk aku cakap dialek terengganu dah..dia nak pergi azan dkt surau Flat Polis tu pasal  Inspektor Mazlan punya anak nnti azan dulu..malu la dia)


Jadi sy sbg penerbit cerita Bob,Yana and The Driver..yang menelan kos 10sen pasal sy makan 2biji gula2 masa buat cerita ini...memakan masa selama 1jam(lebih)
Ending cerita ini ialah Yana amanah dgn tugasnya...so..Bob,Yana,Zoopa masing2 hidup bahagia(dgn keluarga masing2)sampai ke anak cucu cicit cuit..
sesiapa yg ingin meminta cerita ini disambung dalam bentuk yg lebih panjang,dalam bentuk filem mcm NUrKAsih TheMovie tu ah..mudah aje caranya...sila like page kami di FB...

Moral of the story ialah kita dapat tgk masa Bob xkenal Yana..dia xada niat pun nak bagi beg yg berisi duit tu utk  Yana jaga..tapi lepas kerja lama dgn Bob...Bob dah percaya Yana jadi dia xragu2 nak tinggalkan  kereta 'mahal' tu dgn berlian tu utk dijaga Yana..

Kesimpulannya kita nak percaya Allah kita kena kenal Allah dgn konsep yg sebetul-betulnya...
Insya-Allah segala urusan kita dunia akhirat akan dipermudahkan Allah.
Ingatlah kesenangan yg kita kecapi xbererti Allah syg kita mgkn ini hnya istidraj yg bakal menyesatkan kita lagi..oleh itu tidak kira senang ataupun susah serulah nama Allah sebanyak yg boleh..

Terima Kasih sekali diucapkan kepada ustaz zulkifli serta isteri snggup luangkan masa  bersama sy dan rakan petang tadi..kalau ada masa Insya-Allah kita bertemu lagi..

Terima kasih juga kepada cg Hasnah selaku guru STAR yg susah payah menganjurkan ceramah ini...dan harap dapat diadakan selalu supaya menjadi santapan rohani kami yg sentiasa laparkan ilmu yg sebegini..



PERHATIAN SEMUA:
ayat petang tadi tukar jadi petang semalam iaitu petang rabu 25/5/2011...
sy terlajak tulis sampai 1pagi 26/5/2011

segala kesulitan amat dikesali..



gambar hiasan shj:)
bilik mesyuarat Saidina Osman


 


Friday, May 20, 2011

What a SLANG>>>






Terrrbaaaaaeeeeekkkk!!!

Angka 7..

- Allah menciptakan 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi

- Allah menciptakan 7 jenis syurga
- Allah juga menciptakan 7 jenis api neraka yang mana neraka pula mempunyai 7 pintu masuk
- Al-Fatihah yang diwajibkan dalam setiap rakaat solat mempunyai 7 ayat (termasuk Bismillah)
- Bermulanya Jumaat (sayyidul ayyam) hingga ke Jumaat seterusnya adalah selama 7 hari (1 minggu).
- Dalam ibadah haji, Allah merukunkan 7 kali tawaf, 7 kali saie, dan 7 kali melontar jamrah.
- Dalam sistem planet kita, terdapat 7 planet termasuk bumi yang mengelilingi matahari
- Planet bumi pula mempunyai 7 benua
- Satu cahaya putih terdiri daripada 7 lapisan warna yang berlainan.
- Dalam solat aidilfitri, takbir rakaat pertama diulang sebanyak 7 kali.
- Sabda Nabi Muhammad S.A.W. “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun.."
 
 
 
Hari Ahad : Sebagian Ulama mengatakan bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ahad. Maka barang siapa yang hendak membangun sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad



Hari Isnin : Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Karena telah dijelaskan bahwa pada hari Senin terdapat 7 kelebihan yaitu :


1. Nabi Idris, as. Telah naik ke langit pada hari Senin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari senin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Senin,
7. Wafatnya Rasulullah Muhammad saw.

Oleh karena itu, barang siapa yang berlayar/mengadakan perjalanan maka baiknya lakukanlah pada hari isnin.


Hari Selasa : Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Karena pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah menjelaskan Bahwa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya :


1. Jurjais bin Fathin (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya,
2. Yahya, as,
3. Zakaria, as,
4. Tukang sihir Fir’aun,
5. Asiah binti Muzahim, Istri Fir’aun,
6. Sahib, Sapi Betina Bani Israil,
7. Habil Putra Adam, as.

Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa.


Hari Rabu : Rasulullah saw ditanya tentang hari Rabu, Maka Beliau menjawab: Hari rabu adalah Hari Nahas yang terus menerus. Para sahabat bertanya," Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu Beliau menjawab: Karena pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, Memusnahkan kaum ’ad dan kaum Tsamud, yakni kaumnya Nabi Sholeh yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum obat pada Hari Rabu.

Hari Kamis: Hari Kamis adalah hari baik untuk menunaikan Hajat. Karena Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.


Hari Jumaat : Allah menciptakan Adam dan Hawa pada hari Jumat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengawinkannya. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumat. Sebagaian Ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jum’at, yaitu :


1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.

Hari Sabtu adalah Hari makar/Tipu Daya, karena terdapat Tujuh Peristiwa makar dan tipu daya terhadap tujuh orang sholeh / kaum (Kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as, Kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as, Saudara2 Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as, Kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as, Kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as, Para pemuka (gembong-gembong) Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw, dan Kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah. Dan sebagian Ulama juga memaknai hari sabtu adalah hari baik untuk berburu.

Waallahu A'lam.



nak bagitahu sikitlah ye..
Org Melayu kalau ada RM10,diorang akan belanja RM20(dalam erti kata lain berhutang)
sepatutnya kalau ada RM10 gunalah RM7 ke,,,yg penting kita simpan w/pun sikit..
Renung2kan & selamat beramal =)

Sunday, May 15, 2011

Dialah SEGALANYA!!!

7 benua dicantumkan semua
Luas lagi erti CINTA
7 lautan boleh kurenang
Di kolam cinta lemas jua

Menjunjung langit bumi x terpijak
Bila sedar hati resah
Berpisah jangan disebut-sebut
Sesaat lena Kau kejutkan
Aku rela hanyut di lautan kasih
Dari hidup hati pedih
Dunia fana tiada kupeduli
Asal dapat kukembali
Kembali pada asalnya cinta sejati
Tiada alam seindah alam cinta-Mu
Tiada rasa senikmatnya depan-Mu
Tiada insan dapat kubandingkan

Walau seisi dunia
Memandang aku hina
Aku rela kerana Dia
DIAlah segalanya


Thursday, May 12, 2011

WoW

Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku




Monday, May 9, 2011

Peranan Ibu Bapa Dalam Melahirkan Generasi Cemerlang

MUQADDIMAH
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa adalah agen utama yang memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab mengasuh, mendidik mengajar serta membimbing anak-anak mereka untuk menjadi pewaris pelapis kepada generasi yang cemerlang ilmu dan akhlaknya di dunia dan di akhirat. Sekaligus membentuk anak-anak yang bukan sahaja boleh dijadikan cermin generasi tetapi juga sebagai pejuang kepada amar makruf dan nahi mungkar, bahkan sebagai khalifah di muka bumi ini sekaligus sebagai ulama pewaris para nabi.



Kelalaian, kelemahan, kesilapan atau kesalahan ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak mereka adalah saham terbesar dalam menambahkan lagi jumlah generasi pincang, bermasalah, terpesong, sampah mesyarakat, musuh negara serta perosak agama.

Maka pengetahuan ibu bapa dalam kaedah mentarbiah anak-anak perlu dipertingkatkan supaya sesuai dengan kemajuan dan kemodernan dunia yang serba canggih, dengan mengumpul, mendalami serta mempraktikkan segala maklumat terkini yang sesuai untuk diterapkan dalam agenda memantapkan sahsiah diri lalu cuba menterjemahkannya dalam agenda pendidikan anak-anak.


Ibu bapa yang jumud dalam kekolotan akan terus menghadapi masalah kekalutan dan kemelut dalam menghadapi ledakan arus permodenan yang akan menyebabkan mereka dipandang remeh, bahkan dianggap sebagai penghalang kepada kebebasan anak-anak mereka yang bergelumang dengan berbagai ledakan budaya songsang yang mereka anggap sebagai aliran peredaran zaman yang patut diikuti.

Kegagalan ibu bapa dalam memperlengkapkan diri dengan elemen-elemen yang sepatutnya ada pada diri ibu bapa cemerlang adalah sebagai punca sebenar kegagalan membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu bahkan berakhlak mulia.


Pendek kata ibu bapa harus menjadi cermin, ikutan, contoh teladan yang baik kepada anak- anak mereka dalam segenap segi. Hanya ibu bapa yang benar-benar cemerlang dunia akhiratnya sahaja yang layak mengimpikan anak-anak yang cemerlang ilmu dan akhlaknya.


PERANAN IBU BAPA
Peranan bermakna satu kewajiban melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai amanah yang mana hasilnya yang manis akan kita kecapi sebagai ganjaran kepada kejayaan kita. Manakala hasilnya yang pahit akan kita kecapi dan kita telan sebagai bukti kegagalan kita sendiri.


Peranan ibu bapa dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, tidak terbatas dalam lingkungan rumahtangga semata-mata, sedangkan di luar rumah, kita serahkan bulat-bulat kepada peranan orang lain, sedangkan dalam masa yang sama kita akan marah kalau anak kita dimarahi atau ditegur kesalahannya oleh orang lain. Tetapi peranan ibu bapa itu bukan sahaja harus dimainkan terhadap anak mereka sendiri semasa di dalam rumah dan di luar rumah malah terhadap anak-anak jiran, rakan, hingga kepada sesiapa sahaja, sesuai dengan firman Allah yang terdapat dalam Suratul 'Asr yang sering kita baca, iaitu berpesan-pesan kepada (melakukan) kebenaran dan berpesan-pesan kepada (mengamalkan) sifat kesabaran, sebagai bukti kita orang yang beriman dan beramal soleh, golongan manusia yang beruntung. Manakala manusia yang bersikap sebaliknya adalah golongan orang yang rugi.


Sebenarnya agenda mentarbiah anak itu bermula sejak dari proses mencari jodoh, proses persenyawaan berlaku hinggalah kepada anak itu mampu berdikari bahkan sehingga anak kita itu dijemput kembali kepada Allah.


Semasa anak-anak masih dalam lingkungan usia yang belum layak dihantar untuk mengikuti pendidikan formal dikelas-kelas TADIKA, TABIKA atau TASKI, maka ketika itu ibu bapa adalah segala-galanya buat mereka. Ibu bapa adalah guru kepada mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka secara lisanul hal (praktik) dan lisanul maqal (teori) sebagai ikutan dan contoh teladan kepada mereka. Bahkan sekalipun mereka telah mendapat pendidikan formal dari guru dalam institusi persekolahan, ibu bapa masih tetap berperanan sebagai pemegang saham terbesar dalam memainkan peranan mentarbiah anak-anak mereka.


Ibu bapa bertanggungjawab meluntur anak-anak mereka sejak mereka masih kecil supaya senang dibentuk sesuai dengan kecemerlangan yang diidam-idamkan. Kalau kita gagal meluntur buluh dari rebungnya, maka kita akan berhadapan dengan risiko yang semakin rumit untuk melenturnya. Dalam hal ini, Pepatah Melayu ada mengingatkan kita "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA" maknanya, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih, maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorak-warnakannya mengikut kemahuan mereka. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi".


Maknanya kalau anak kita (muslim) berperangai seperti orang (kafir) Yahudi atau Nasrani atau Majusi, itu adalah bukti kegagalan kita mengislamkan perangai mereka. Jika anak-anak kita mengagong-agongkan budaya negatif dari barat seperti "rock","punk" menagih dadah, pergaulan bebas dan lain-lain, itu membuktikan kita gagal menerapkan ajaran suci Islam dalam diri mereka, mungkin juga dalam diri kita sendiri.


ANAK-ANAK TERLANJUR MENJADI BULUH, BESI ATAU BATU
Jika kita terbukti gagal mendidik anak semasa rebungnya, kita sebenarnya mendedahkan diri kita kepada risiko yang rumit untuk membentuknya. Walau bagaimanapun peranan kita sebagai ibu bapa masih tetap wajib dilaksanakan. Untuk melentur buluh kita terpaksa menggunakan api untuk melembutkannya, pun begitu silap langkah, buluh akan pecah atau patah, jadi kita harus berhati-hati. Perkara ini perlu kepada kemahiran dan pengalaman serta maklumat yang luas untuk melihat hasilnya yang memuaskan.


Kalau anak telah keras menjadi batu, berhati batu, kepala batu, telinga batu, kita terpaksa melembutkannya dengan menggunakan air atau terpaksa menggunakan berbagai alat untuk membentuknya, atau kita terpaksa menghancurkannya menjadi serbuk baru boleh membentuknya semula.


Kemahiran dan pengalaman sahaja tidak mencukupi tanpa melengkapkan diri kita dengan segala sifat yang terpuji seperti sabar, rajin, tekun dan lain-lain. Sifat-sifat ini juga tidak akan pernah wujud dalam diri kita seandainya kita tidak mahu menginsafi segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran, pendek kata segala dosa kita. Kita hendaklah memperbanyakkan taubat dan istighfar memohon ampun kepada Allah SWT kerana kita telah gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Kita boleh melipat-gandakan usaha mentarbiah diri dan zuriat kita dengan terus berdoa.


KENAPA ANAK-ANAK MENJADI DEGIL?
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa anak-anak kita bersifat degil atau derhaka. Antaranya ialah:


Faktor Pertama : BALASAN
Sebenarnya risiko yang kita terima sekarang ini adalah balasan kepada sikap dan sifat kita terhadap ibu bapa kita semasa kita kecil dahulu. Sudah tentu ibu bapa kita semasa kecilnya juga bersifat seperti kita (degil/derhaka). Kesalahan ini saling berkait antara kita dan ibu bapa kita sebagai balasan Allah SWT. Ini ditambah dengan keingkaran anak menurut kata, juga kesalahan ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab (amanah Allah SWT) mendidik anak mengikut kehendak Allah SWT. Jadi kesalahan anak ialah kerana gagal berbuat baik kepada ibu bapa, manakala ibu bapa pula gagal membentuk mereka menjadi anak yang mengikut kebaikan.


Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka (cucu-cicit ) nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka. Kalau sebaliknya maka sebaliknyalah pula yang bakal kita terima. Ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu".


Berbuat baik di sini meliputi segala aspek kehidupan dan juga tuntutan agama Islam. Ini bermakna tidak timbul anak derhaka akibat (balasan) dari ibu bapa yang derhaka kepada ibu bapa mereka dahulu, seandainya masing-masing mahu berbuat baik


Faktor Kedua : KECUAIAN/KEGAGALAN MENDIDIK


Anak kita menjadi degil atau derhaka adalah disebabkan oleh kecuaian atau kegagalan kita sebagai ibu bapa mendidik mereka mengikut lunas-lunas yang disarankan oleh agama. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :


"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat (sembahyang) ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (dari ibu bapa dan juga dari adik beradik mereka yang berlainan jenis/jentina).


Rasulullah SAW menegaskan betapa pentingnya ibadat solat didirikan, sehingga Baginda menyuruh kita mengarahkan anak-anak kita melakukan solat itu semasa mereka baru berumur tujuh tahun. Suruhan itu begitu tegas sekali apabila Baginda menyuruh kita menggunakan rotan tatkala anak yang berumur sepuluh tahun enggan mendirikannya.


SOLAT/SEMBAHYANG?


Kenapa solat atau sembahyang pula dikaitkan dengan agenda mentarbiah generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.


Sebagai menjawab pertanyaan ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya sesungguhnya ia meruntuhkan agama".


Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-'Ankabuut ayat : 45 yang bermaksud :


"Bahawa sesungguhnya sembahyang itu (boleh) mencegah (orang yang mendirikannya) dari (melakukan) perkara yang keji dan mungkar (jahat)".


Kedua-dua NAS yang tersebut sudah cukup untuk membuktikan betapa solat itu satu perkara yang amat penting dalam arus pendidikan anak-anak ke arah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pewaris kecemerlangan dunia dan akhirat. Kerana orang yang taat melaksanakan solat itu sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT. Terpelihara dari dosa, maksiat dan kemungkaran. Bahkan mereka sentiasa berada di bawah pimpinan Allah SWT kepada sifat taat, taat kepada ibu bapa, guru, juga kepada Allah SWT dan RasulNya SAW, serta sifat-sifat terpuji seperti sabar, rajin, tekun dan sebagainya.


ROTAN/PUKUL-DERA?


Menggunakan rotan dalam kaedah pendidikan Islam adalah satu cara psikologi yang paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti hadis yang baru kita ikuti tadi, dan disokong oleh sebuah hadis lagi yang bermaksud :


"Allah SWT memberkati rumah yang di dalamnya ada digantung rotan".


Rotan bukan digunakan untuk mendera anak, tetapi fungsinya yang sebenar ialah untuk tujuan pendidikan. Kalau kita memukul anak yang enggan mendirikan sembahyang sedang ia telah berumur sepuluh tahun, apatah lagi yang telah 'Aqil Baligh mestilah dengan cara dan kaedah yang betul yang benar-benar bertujuan untuk mendidik, bukan mendera atau menyeksa anak. Perbuatan merotan yang didorong oleh niat yang ikhlas kerana menjalankan perintah Rasulallah SAW itu boleh menghalau syaitan yang bersarang dalam jiwa anak-anak kita. Tetapi merotan anak dengan sesuka hati dan tujuan mendera, hanya akan menyebabkan anak kita menjadi konco-konco syaitan yang menanamkan sifat dendam, benci, marah dan sebagainya.


KITA DAN ROTAN


Kalau kita di rumah tidakpun merotan anak kita yang layak dirotan, di luar rumah kita tidak dapat pastikan bahawa anak kita tidak menerima hukuman kepada kesalahan yang dilakukannya.


Anak yang tidak pernah dirotan oleh ibu bapa akan menganggap diri mereka anak manja atau anak emas. Anak yang merasa diri mereka raja di dalam rumah akan menampakkan sikap yang degil seterusnya membawa kepada derhaka.


Namun demikian kita harus menggunakan rotan dengan cara yang berpatutan, bersesuaian dengan tujuan sebenar untuk memberi pendidikan. Kerana kalau tersilap langkah maka lain pula jadinya. Kita haruslah mempraktikkan pendidikan lisanul hal (amali/praktik), supaya anak-anak akan menjadikan kita sebagai 'role model' kepada diri mereka.


TINDAKAN SUSULAN


Kalau kita telah berjaya membentuk anak-anak kita mengikut acuan cemerlang seperti yang kita kehendaki sesuai dengan tuntutan agama yang disarankan oleh orang yang tidak akan bercakap kecuali yang diwahyukan kepadanya iaitu Nabi Muhammad SAW. Anak kita akan terjun ke medan juang yang sudah tentu sitausinya lebih mencabar dan mencabar kewibawaan ilmu pengetahuannya tetapi yang amat dikhuatiri ialah gejala yang boleh memesongkan akhlaknya lebih tepat lagi imannya.


Kita sebagai ibu bapa tidak harus lalai dan leka dari terus memberi tumpuan perhatian terhadap segala aktiviti yang diceburi serta terus meneliti perkembangan anak kita dari masa ke semasa. Ibu bapa akan menerima ganjaran yang setimpal dengan tugas serta tanggungjawab yang telah mereka laksanakan di dunia. Di dalam 'barzakh' (alam kubur) mereka akan sentiasa menerima 'dividen' dan 'bonos' yang diperolehi dari kiriman yang berterusan dari seorang anak yang 'soleh'. Ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:


"Jika mati anak Adam terputuslah segala amalannya (pahalanya) kecuali dari tiga perkara; Sedekah 'Jariah', ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya".


Untuk melihat sesuatu hasil, sudah tentu perlu kepada usaha yang berterusan yang tidak mengenal penat lelah, bahkan usaha itu dilakukan adalah semata-mata ikhlas kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Usaha ke arah melahirkan anak yang soleh adalah tanggungjawab ibu bapa sebagai amanah dari Allah SWT. Oleh kerana ganjaran yang bakal diterima di alam 'barzakh' (kubur) begitu lumayan sekali, maka usaha untuk melahirkan anak yang soleh itu sudah tentu berat, rumit dan sukar sekali sesuai dengan ganjaran yang bakal diterima.


ANAK YANG SOLEH


Untuk mempastikan anak-anak terus soleh dalam hidup dan penghidupannya, sebagai tindakan susulan yang berterusan maka perkara-perkara berikut mestilah berjalan seiring sebagai motivasi dan galakan kepada mereka supaya terus kekal dalam kesolehannya.


PERANAN KITA SETERUSNYA IALAH:


1. Memberi semangat.
2. Memberi dorongan.
3. Memberi galakan.
4. Memberi perangsang.
5. Mengambil berat.

Kesemua elemen tersebut hendaklah sentiasa berlaku dengan penuh hikmah dan bijaksana. Antara kelima-lima elemen tersebut, yang paling penting sekali ialah "Mengambil Berat". Ini adalah kerana, ramai anak-anak merasa diri mereka tidak dikasihi, tidak disayangi apabila ibu bapa gagal mengambil berat tentang diri mereka. Ada dikalangan anak-anak yang semacam sengaja melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh ibu bapa mereka semata-mata menagih simpati dan perhatian dari ibu bapa mereka yang pada anggapan mereka telah tidak mempedulikan mereka lagi.


Mereka berharap dengan melakukan satu-satu kesilapan, ibu bapa akan kembali memberi perhatian terhadap mereka. Perasaan ini selalu wujud dalam jiwa remaja. Akhirnya mereka akan bertindak membelakangkan ibu bapa dan ketika itu pengaruh rakan sebaya menjadi alternatif kepada kekosongan jiwa yang mereka rasakan. Sebenarnya orang yang paling cepat merebut peluang mengisi kekosongan jiwa mereka ialah "syaitanir Rajim", lalu syaitan dan segala konconya memainkan peranan proaktif untuk mempastikan mangsanya benar-benar masuk ke dalam jeratnya. Matlamat yang ingin dicapai oleh syaitan ialah supaya anak itu menjadi derhaka kepada ibu bapanya, kemudian ia akan terus memujuk anak itu supaya mengikut telunjuknya sehingga matlamatnya yang terakhir berjaya iaitu menyeret anak itu masuk ke dalam neraka.


MENGAMBIL BERAT.

Mengambil berat, ambil hirau atau ambil pusing atau ambil peduli sepatutnya menjadi 'rutin' kepada ibu bapa, kerana kalau perkara ini hanya berlaku sekali sekala sahaja sudah tentu tidak akan mendatangkan kesan yang memuaskan, bahkan mungkin anak-anak boleh tersalah anggap terhadap tindakan kita yang boleh menimbulkan rasa jengkel dan meluat dalam diri mereka. Kalau sikap mengambil berat ini menjadi rutin dalam kemeseraan antara ibu bapa dan anak-anak, sudah tentu anak-anak akan meresa diri mereka diambil berat diambil pusing, yang ditafsirkan oleh perasaan murni mereka sebagai kasih dan sayang.


Perkara-perkara yang sepatutnya diambil berat atau yang patut sentiasa dihiraukan sebagai rutin antaranya ialah:
1. Bagaimana dengan peralatan atau kelengkapan, keperluan anak kita? Adakah ianya mencukupi? Tidakkah anak kita kekurangan apa yang dia perlukan, atau apakah yang kita sediakan lebih dari mencukupi atau ianya terlalu berlebihan. Kalau ia tidak mencukupi sudah tentu ia perlu meminjam dari kawan-kawan, ini mungkin akan mengajar anak kita sifat kurang baik, kerana kalau ia terbiasa meminjam sudah tentu ia akan mendapat cemuhan dari kawan-kawan. Cemuhan ini akan bertambah serius jika anak kita dituduh menghilangkan apatah lagi dituduh mencuri. Tetapi kalau yang kita sediakan terlalu berlebihan, akan lain pula jadinya. Kalau hanya setakat 'spend' kawan sahaja tidaklah menjadi hal, tetapi apa yang kita takutkan, dia akan membeli benda-benda yang tidak berfaedah, melalaikan dan merosakkan atau yang kita tidak ingini ia akan menjadi mangsa peras ugut rakan sebaya.


2. Bagaimana perkembangan anak-anak kita semasa berada di sekolah, atau di tempat kerjanya, perkembangan prestasinya yang berkaitan dengan akademik dan juga akhlaknya, atau mutu kerjanya. Adakah kerjayanya kini perlu kita beri pujian atau insentif?Apakah sebenarnya insentif yang bersesuaian untuk kerjayanya? Tetapi kalau kita hanya memandang sepi segala kemajuan yang ditunjukkan (dicapai), mereka mungkin berangapan yang diri mereka tidak lagi diberi perhatian. Inilah perkara yang patut kita sering ingat dan cuba elakkan dari pernah berlaku.


3. Bagaimana akhlak dan disiplin anak-anak kita dalam bidang yang mereka ceburi? Kalau difikirkan mereka perlu diberi nasihat, motivasi atau tindakan yang lebih keras seperti rotan (rotan didikan), kita harus segera bertindak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Kalau kita lambat apatah lagi gagal bertindak sewajarnya, kita akan menanggung resiko akibat kecuaian kita. Cuba fikirkan apakah pula yang patut kita ucapkan atau berikan seandainya ia memang terbukti berakhlak baik dan berdisiplin.


4. Kita mesti mengambil tahu hal keadaan anak-anak kita semasa mereka berada di rumah. Pastikan apapun yang mereka kerjakan adalah yang baik, bermanfaat dan jauh dari bahaya, samada bahaya pada fizikal mereka mahupun yang boleh membahayakan mental mereka, yang lebih utama ialah spiritual mereka. Apatah lagi jika mereka keluar atau di luar rumah. Membiarkan begitu sahaja, terlalu mudah mengizinkan, terlalu mudah untuk cuba dibohongi, adalah kesilapan besar yang akan membawa padah yang besar pula nanti.


Kesilapan kita ini akan dijadikan ruang kesempatan untuk mereka mempelajari sifat-sifat negatif yang menjanjikan wujudnya anak derhaka. Jadi bertindaklah dengan bijaksana dalam mengawasi segala kelakuan mereka.


MEMPERUNTUKKAN MASA


Kesemua apa yang telah dikatakan sebelum ini memerlukan pengorbanan yang tinggi dari para ibu bapa. Ibu bapa mestilah pandai memperuntukkan masa yang secukupnya untuk melayani karenah anak-anak.


Sekali lagi kita harus bijaksana menguruskan masa kita. Jangan pula kerana sibuk mengurus anak-anak menyebabkan kita lalai terhadap tanggungjawab kita kepada tugas yang diamanahkan kepada kita oleh majikan kita, apatah lagi kalau sampai melalaikan kita terhadap tanggungjawab kita kepada Allah SWT dan Rasul SAW. Dalam hal ini Allah SWT telah memperingatkan kepada kita dengan firmannya yang bermaksud :


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-anak kamu dari mengingati (melaksanakan perintah) Allah, kerana barang sesiapa berbuat demikian maka merekalah orang yang rugi" (Surah Al-Munafiquun Ayat :9)


Dalam hal ini Pepatah Melayu juga ada mengtakan : "Bahawa masa itu adalah (umpama) emas". Ini menunjukkan masa itu terlalu berharga. Kalau kita gagal merebutnya maka kita akan rugi. Maka tidak hairanlah kenapa Allah SWT sendiri bersumpah dengan (keutamaan) masa, seperti firmannya yang bermaksud:


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu nescaya (berada) dalam kerugian. Kecuali orang- orang yang beriman dan beramal soleh (berlaku baik), dan berpesan-pesan dengan (menlaksanakan) kebenaran, dan berpesan-pesan dengan (mengamalkan sifat) kesabaran". (Surah Al-'Asr)


BUKTI KEJAYAAN CEMERLANG


Kejayaan cemerlang atas segala usaha kita selama ini hanya akan berjaya dibuktikan oleh kita sendiri. Kita yang menjadi ketua rumah dapat membuktikan bahawa kita telah berjaya mengwujudkan 'keluarga bahagia' dalam rumah tangga kita. Sementara semua penghuni rumah itu dapat merasakan bahawa rumah yang mereka diami bagaikan syurga yang aman damai. Bahkan suasana tersebut juga dapat dihidu keharumannya oleh jiran tetangga mahupun para tamu yang datang berkunjung, yang tidak pernah diminta dari mulut mereka apapun pujian, tetapi bagaikan manis madu rasanya (mereka membuat komen) mengatakan bahawa suasana yang mereka rasai di dalam rumah kita bagaikan suasana sebuah syurga. Bahkan ibu bapa begini juga adalah orang yang memenuhi segala syarat yang perlu ada kepada ibu atau bapa "mithali", kerana kejayaannya membentuk keluarga bahagia dan cemerlang.


BUKTI KECEMERLANGAN ANAK


Anak yang terdidik oleh ibu bapa cemerlang dengan kaedah-kaedah cemerlang akan menamatkan pengajiannya dengan cemerlang, bukan sahaja cemerlang akademiknya bahkan cemerlang peribadi dan jiwanya dengan akhlak yang mulia.


Walau apa bidang kerjaya yang diceburinya, dia tetap cemerlang. Sasaran utamanya adalah perkhidmatan yang terbaik, matlamatnya adalah kecemerlangan diri dan majikannya, bahkan kecemerlangan agamanya dapat dilihat dari mutu kerjanya yang sentiasa maju. Anak-anak ini tidak akan mudah dikelabui (dirasuah) dengan wang ringgit yang mungkin akan ditumbukkan kerusuknya. Ia sentiasa merasa diawasi oleh mata yang boleh melihat dalam keadaan terang mahupun gelap, yang nyata mahupun yang tersembunyi, DIA (Allah SWT) yang mewakilkan dua malaikat "Kiraman Katibin" yang tidak pernah lalai dari mencatat segala apa yang ia (juga kita semua) lakukan. Begitulah kuat imanya terhadap setiap rukun iman (yang enam) itu sendiri, sebagai bukti kecemerlangan dirinya.


Mereka ini menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan penuh komitmen, iltizam dan istiqamah, tanpa mengira masa dan tidak tertakluk kepada nilai upah atau gaji yang diterima, bahkan merasakan bahawa gaji yang diterimanya dari majikan bukanlah satu keutamaan yang boleh merampas keutamaan sifat ikhlas yang menjadi sifatnya yang paling utama dalam mencari keredhaan Allah SWT.


KESIMPULAN


Seandainya apa yang disarankan dipraktikkan sendiri oleh ibu bapa, samada untuk pakaian sendiri atau untuk diterapkan dalam agenda mentarbiah anak-anak dari masa kesemasa dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana serta niat yang ikhlas, maka usaha yang murni ini sudah tentu dapat membantu mengwujudkan generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan (hidup) di dunia dan juga di akhirat nanti.

Membaca Amalan MULIA

PEMUPUKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Membaca merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Melalui aktiviti membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu seorang celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke alam pengetahuan manusia, ini seperti ungkapan ”Membaca menjadikan seorang itu berisi” (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris, dalam Shahrom TM Sulaiman(2002). Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar di dunia menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk dibaca. Islam sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila ayat pertama diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari ilmu, dengan erti kata lain membaca. Perkataan ”Iqraq” (Bacalah) telah diulang sebanyak dua kali (dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat keempat perkataan ”Bacalah” telah dikaitkan dengan ”Aklam” (pena).




Pelbagai tafsiran yang diberikan dalam menyatakan maksud membaca. Bagi Yahya Othman (2004), pembacaan adalah proses yang dinamik, memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis, membaca juga dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina makna daripada teks bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca. Selain itu, Frank Smith (1971) menerangkan bahawa proses membaca ialah satu proses kognitif. Di samping itu, Goodman (1970), seorang tokoh psikolingusitik mengatakan bahawa proses membaca perlu dianggap sebagai proses interaksi antara pembaca dan bahasa yang bertulis. Oleh yang demikian, membaca merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penggunaan minda secara optimum dengan mentafsir makna yang terdapat di dalam teks yang dibaca dan aktiviti membaca seharusnya bersifat aktif iaitu bukan sekadar menyerap idea yang dilontarkan oleh penulis tetapi lebih bersifat berdialog antara pembaca dengan penulis.


Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan 9 juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku, situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Timbul pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi ini.


Antara alasan yang paling kerap didengar ialah berkenaan buku-buku yang terdapat di pasaran tidak menawan hati pembaca. Buku-buku yang dijual di kedai buku kebanyakannya menjual buku teks dan buku rujukan. Jika terdapatpun, buku-buku ini dijual dengan harga yang mahal terutamanya buku ilmiah yang diimport membuatkan pembeli berfikir dua kali untuk membelinya. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi lantas memaksa mereka membuat salinan fotokopi buku tersebut jika menjadi rujukan utama . Hal ini sudah semestinya menyumbangkan kepada berlakunya situasi ini. Selain itu, sikap masyarakat di negara ini yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Persepsi atau tanggapan membaca hanya ketika di sekolah, institusi pengajian tinggi, perpustakaan dan kedai buku semata-mata merupakan antara alasan yang sering didengar.


Rentetan daripada itu, terdapat golongan remaja yang lebih tertarik dan berminat membelek-belek majalah hiburan namun tidak mampu membelinya. Terdapat juga golongan pelajar yang berminat membeli bahan bacaan yang berbentuk komik ringan kerana memaparkan gambar dan cerita sekali gus sebagai cara untuk mereka menghilangkan seketika tekanan belajar. Menurut Amin Shakib (1997), salah satu alasan menarik yang dikemukakan ialah para pelajar terlalu sibuk dengan pelajaran serta aktiviti sekolah sehingga menyebabkan tidak ada masa untuk mereka menjadikan tabiat membaca sebagai hobi. Beliau juga menekankan sistem pendidikan hari ini yang terlalu berorentasikan peperiksaan, menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku teks sehingga menganggap adalah membuang masa membaca buku-buku lain selain buku teks.


Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, masyarakat pada zaman dunia tanpa sempadan kini sering berlumba-lumba mengejar kemewahan dan berkemungkinan hanya berkesempatan membelek-belek akhbar dan hanya membaca berita yang menarik sahaja. Demikian juga dengan pembangunan pesat teknologi pada masa kini yang lebih banyak mendedahkan masyarakat kepada televisyen, video, satelit dan seumpama dengannya yang menyebabkan semakin kurang golongan yang membaca. Misalnya, masyarakat di Malaysia dewasa ini sering kedapatan lebih seronok menggunakan telefon bimbit sama ada membuat sistem pesanan ringkas ataupun bermain permainan video yang terdapat dalam telefon bimbit mereka ketika berada di dalam bas atau di mana-mana sahaja berbanding dengan mengisi masa kosong tersebut dengan membaca buku.


Dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini, perolehan maklumat dan ilmu pengetahuan tidak hanya terbatas melalui pembacaan semata-mata. Masyarakat kini sudah mempunyai banyak alternatif lain iaitu menerusi buku elektronik yang boleh dicapai melalui internet, capaian nota-nota kuliah yang disediakan dalam laman web penulis-penulis buku teks antarabangsa, artikel-artikel yang berkaitan boleh diperoleh atas talian melalui jurnal-jurnal antarabangsa. Bahan –bahan ini boleh diperoleh dengan mudah dan kos yang jauh lebih rendah berbanding dengan membeli buku untuk dibaca. Senario ini jelas menunjukkan corak pembacaan masyarakat pada masa ini tidak lagi tertumpu kepada pembacaan buku semata-mata dan hal ini secara tidak langsung mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan masyarakat


Natijahnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada kurangnya tabiat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini khususnya golongan remaja. Sinergi pelbagai pihak adalah perlu dalam usaha memupuk minat membaca khususnya kepada golongan ini tanpa menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.




MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA

Menurut definisi UNESCO, masyarakat membaca ialah suatu masyarakat di mana ahli-ahlinya sentiasa berdamping dengan buku dan dengan sukarela merasakan keperluan dan keseronokan membaca buku (A Reading Society is one in which each and every individual can read and where books are an integral part of daily life) (Zawiyah Baba, 1992). Dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja ini, pelbagai aspek perlulah diambil kira dan pengemblengan tenaga serta usaha semua pihak adalah perlu. Hal ini kerana, remaja merupakan tonggak pemimpin pelapis negara pada masa hadapan. Perkara ini bertepatan dengan matlamat negara melahirkan modal insan kelas dunia pertama yang antara lain mempunyai ilmu pengetahuan luas. Dalam hal ini, tidak dapat tidak kita perlu mengakui hakikat bahawa golongan ini perlu menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan salah satu daripada kuncinya mestilah melalui pembacaan yang luas. Melihat kepada senario di Malaysia pada hari ini, adalah amat membimbangkan kerana kadar pembacaan golongan ini adalah terlalu sedikit. Oleh yang demikian, sinergi semua pihak amatlah perlu dalam menggembleng usaha untuk memastikan golongan ini minat kepada aktiviti pembacaan.


Bagi melaksanakan usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja ini khususnya, kita perlu pada pendekatan menyeluruh yang tentu sekali melibatkan semua pihak termasuk ibu bapa, guru, perpustakaan sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan pelbagai pihak lagi. Memupuk budaya membaca khususnya dalam kalangan remaja ini sebenarnya merupakan agenda nasional yang mendesak. Hal ini kerana sebagaimana yang dinyatakan di atas, golongan ini merupakan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan, lebih-lebih lagi kita berada dalam era K-Ekonomi atau ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Oleh yang demikian, pendekatan yang paling berkesan tentunya bermula dari rumah. Golongan ibu bapa mestilah memberi contoh dan memupuk minat membaca dengan menyediakan bahan-bahan bacaan dan jika mampu menubuhkan perpustakaan mini di rumah sebagai langkah awal yang bijak untuk mewujudkan suasana sihat bagi pertumbuhan suasana membaca. Hal ini selaras dengan pendapat Sharom TM Sulaiman & Salasiah Abd Wahab (2002) bahawa dengan cara pengwujudan perpustakaan mini di rumah, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah akan mudah dibentuk dan membawa kesan positif di peringkat sekolah atau peringkat menuju alam remaja. Pemupukan minat membaca dalam kalangan remaja oleh ibu bapa ini juga dengan cara menentukan buku sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan suasana keseronokan membaca dengan:


a) Membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar untuk bacaan bersama-sama anak-anak di rumah.
b) Membacakan buku dan majalah kepada anak-anak mereka.
c) Membaca bersama-sama anak-anak mereka.
d) Memberikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada hari-hari istimewa seperti hari lahir.
e) Membawa anak-anak ke perpustakaan dan membawa anak-anak ke pesta-pesta buku.


Menurut kajian Durkin (1966), mendapati beberapa orang ibu daripada kanak-kanak yang sudah mahir membaca walaupun sudah berada di sekolah tadika menyatakan bahawa faktor yang paling penting mendorong anak-anak mereka mahir membaca adalah jumlah bahan yang mencukupi di rumah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak yang mahir membaca terdiri daripada mereka yang gemar membawa anak-anak ke perpustakaan. Kepentingan membaca ini juga telah ditekankan oleh Datuk Seri Rafidah Aziz iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa merasmikan Seminar Industri Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2003. Beliau menyarankan agar tabiat membaca dipupuk dari rumah lagi dan meminta agar para ibu bapa mendidik anak mereka membaca serta mewujudkan perpustakaan mini di rumah.


Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka ialah penggunaan komik sebagai medium pengetahuan. Komik merupakan satu cabang seni yang sepatutnya dilihat sebagai satu genre sastera. Melalui media ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan, pentafsiran, penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara perlambangan. Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak. Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus dimainkan oleh para ibu bapa dan guru. Ibu bapa bukan sahaja mesti membaca bersama-sama anak, tetapi juga membimbing mereka membuat analisis, klasifikasi dan lain-lain dan proses ini dapat dilakukan amat berkesan dengan komik. Oleh sebab itulah komik digunakan sebagai bahan bacaan tambahan sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun.


Peranan pihak kerajaan khususnya kementerian dan badan yang terbabit dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan remaja ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Melalui Kementerian Pelajaran misalnya, Program Nilam telah lama diperkenalkan di peringkat sekolah, demikian juga usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan kempen Membaca dan Pesta Membaca di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada bulan Julai 2006 tahun lepas. Antara misi kempen ini adalah bagi memupuk budaya membaca sepanjang hayat yang berobjektif untuk menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.


Walau bagaimanapun, usaha ini tidak menunjukkan peningkatan dalam minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Menurut Shaharom TM Sulaiman & Salasiah Abd Wahab (2002), mewujudkan masyarakat membaca merupakan satu transformasi sosial dibandingkan dengan fungsi sesebuah program kempen yang skopnya amat terbatas dan terhad pada musim dan bulan tertentu sahaja. Melihat kepada senario ini, adalah perlu sebenarnya pihak yang terbabit melaksanakan kempen secara berterusan sama ada di peringkat sekolah mahupun nasional. Di peringkat sekolah misalnya, sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan seharusnya dikurangkan agar pelajar yang sememangnya terdiri daripada golongan remaja tidak hanya membaca buku teks ataupun buku rujukan semata-mata tetapi mereka perlu didedahkan lagi dengan bahan bacaan yang berkaitan dengan dunia luar agar mampu berinteraksi dengan masyarakat luar apabila keluar bergaul dengan kumpulan masyarakat yang lebih besar.




Indirawati Zahid (2006) menegaskan perlunya mengiatkan usaha-usaha penterjemahan buku-buku berbahasa asing. Menurutnya, masyarakat yang berilmu ialah masyarakat yang disediakan bahan bacaan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Melalui usaha menterjemah, kemungkinan minat membaca akan dipertingkatkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam hal ini, memang sering kedapatan buku-buku bahasa asing yang menarik untuk dibaca, walau bagaimanapun keterbatasan sebilangan masyarakat dalam kosa kata bahasa tersebut terutamanya bahasa Inggeris ataupun bahasa Jepun membantutkan minat mereka untuk membaca buku-buku tersebut. Oleh yang demikian, usaha penterjemahan perlu dipergiatkan lagi dan tidak hanya tertumpu dengan buku berbentuk fiksyen semata-mata tetapi juga merangkumi buku-buku berbentuk non-fiksyen. Jika sebelum ini usaha menterjemah sesebuah buku mengambil masa yang terlalu lama dan hanya mampu menterjemahkan beberapa buah buku dalam setahun, tetapi bilangan ini seharusnya ditingkatkan lagi sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara seperti Korea, Jepun dan China yang banyak menterjemahkan buku dalam masa sebulan bagi memudahkan penduduknya mempelajari bidang ilmu baharu dari negara luar.


Selain itu, bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang sebilangan besarnya merupakan golongan remaja, perlunya peranan penting yang dimainkan oleh golongan pustakawan di universiti masing-masing.Hal ini kerana pustakawan merupakan penggerak perpustakaan boleh mengadakan program-program berkala ke arah meningkatkan minat membaca dalam kalangan mahasiswa. Menurut Nur Atiqah Abdullah, etl (2001) ,bantuan boleh dalam bentuk mendidik pelajar mencari maklumat melalui pangkalan data dalam talian, CD-ROM, dan inter-library. Dalam era ledakan maklumat, pelajar perlu tahu memilih, menilai, menganalisis dan membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang sesuai. Oleh yang demikian, perpustakaan perlu mendidik masyarakat pelajar agar bertindak sebagai pengguna maklumat yang efektif, kritikal dan beretika dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.

Manakala pihak kerajaan perlu memberikan insentif percukaian sebagai langkah ke arah menyemai tabiat membaca dalam kalangan masyarakat. Kerajaan perlu menyokong perkembangan industri penerbitan buku teks pengajian tinggi agar para mahasiswa boleh mendapatkan buku teks tempatan pada kos yang lebih rendah. Insentif seperti ini akan mendorong pelajar membeli buku teks dan membudayakan amalan membaca seterusnya dapat memupuk sikap positif terhadap aktiviti pembacaan.


Selain itu, peranan masyarakat setempat juga adalah perlu dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja. Masyarakat tanpa mengira tempat boleh menubuhkan perpustakaan bagi memudahkan penduduk yang berhampiran datang untuk membaca atau meminjam buku. Usaha ini boleh dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK). Masyarakat kini mungkin boleh mengambil contoh masyarakat di sebuah bandar di Amerika Syarikat iaitu bandar Michigan apabila masyarakat di tempat tersebut telah mengadakan satu program yang diberi nama ’Born to Read’. Dalam program tersebut setiap bayi yang dilahirkan di hospital akan dihadiahkan sebuah buku dan sudah tentu buku tersebut merupakan buku pertama dalam kehidupan bayi tersebut. Malahan ibu bapa bayi tersebut akan menerima satu senarai cadangan cara menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.


Usaha yang dimainkan oleh masyarakat ini juga tidak terhad kepada penduduk setempat sahaja. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja dapat dipupuk melalui peranan yang dimainkan oleh premis-premis perniagaan yang terdapat di Malaysia. Misalnya kedai-kedai buku boleh mewujudkan kemudahan-kemudahan tambahan misalnya kafe bagi memudahkan mengunjungnya menikmati minuman sambil memilih atau membaca buku. Setaip premis sama ada hotel, pusat membeli –belah, kafe siber dan sebagainya boleh mengwujudkan sudut membaca dalam usaha membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Meskipun saranan ini mungkin dirasakan sukar diterima keberkesanannya namun segalanya perlu dicuba dan dilakukan. Budaya ini sememangnya berlaku di negara Jepun yang mempunyai rakyat celik huruf yang tertinggi di Asia iaitu sebanyak 99 peratus. Kedai buku yang terdapat di Jepun kebanyakannya seperti hotel yang menyediakan lobi bagi memudahkan pengunjung membuat temu janji dan mengadakan sesi perbincangan. Selain itu, terdapat juga kedai buku di Jepun yang menyediakan kafe untuk memberi kemudahan pengunjungnya melihat dan memilih buku sambil menikmati minuman.

Usaha mewujudkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan hasrat ini dan sudah semestinya bukanlah usaha yang dapat dilihat hasilnya dalam jangka masa yang singkat. Dalam hal ini sinergi semua pihak sama ada ibu bapa, pihak kerajaan, swasta, sekolah, dan masyarakat adalah perlu bagi memastikan usaha murni ini berhasil.


Kemalapan minat membaca dalam kalangan masyarakat kita khususnya remaja amatlah membimbangkan. Kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan generasi muda amatlah penting untuk masa depan negara. Golongan inilah yang akan menentukan masa depan industri buku negara, syarikat buku, akhbar dan majalah. Sekiranya kempen menggalakkan pembacaan dalam kalangan masyarakat kurang mendapat sambutan selama ini, perubahan sikap semua peringkat masyarakat amatlah diperlukan. Perubahan sikap itu harus bermula dengan adanya semacam penilaian semula sikap (revaluation of attitude) dan juga jangkaan ( expectation) semua pihak.