Monday, March 14, 2011

Jom teka...

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Penguin



Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.


Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Stokin tu basah lah....


Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Telur


Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan
Kuih Donut


Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)


Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Pengail yang dapat ikan.


Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Aku berjalan secara mengundur!


Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.


Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Spedometer bas lah...


Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.


Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!


Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!


Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Ayam jadi banyaklah bilangannya.


Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.


Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.


Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.


Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Orang naik beca semasa hujan


Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Tapak kaki kitalah.


Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.


Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!


Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.


Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.


Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"


Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.


Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.


Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi




Himpunan teka teki




Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?
* = Kain songket cap Gajah Duduk


Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
* = Jatuh la nyonya tu…


Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?
* = Penyapu


Kalau 1 1 = 2, jawapan lain dia apa?
* = Jawapan lain salah la…


Ibunya diurut, anaknya dipijak.
* = Tangga


Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
* = Pokok nak tumbang la…


Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?
* = Lagu ‘Happy Birthday’


lagi…


Air apakah yang paling berani sekali?
* = Air terjun


Sungai apa yang paling kurus di dunia?
* = ‘Slim River’


Sungai apakah yang tiada air?
* = Sungai di dalam peta


Buah apa bila dia masak dia timbul?
* = Buah Melaka


Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
* = Jadi banyak la…


Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?
* = Kedua-duanya boleh digoreng


Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
* = Ikan duyung


1) Bila makan pisang, korang buang kulit. Tapi……kalau makan kulit, korang buang ape?
Hehehhehehhe. …….BUANG TEBIATLA


2) Negara ape yg banjir dulu lepas tu baru hujan turun…….
Jawapan dia BAHRIN sbb BAH tu banjir, Rain tu hujan


3) Haiwan apakan yg paling kurang ajar sekali?
Tentulah KUTU sbb dia dok pijak2 atas kepala.


4) Ia sejenis benda, nampak macam jalan, tapi tidak pulak berjalan. Kalau ditengok betul2…..mmg sah jln. Ape benda tu yer?
Muhahahhahah. ..JALAN RAYA DA………… …


5) Banyak2 ikan, ikan ape yg selalu sakit perut? Ni soklan paling senang sekali……
Tak lain tak bukan IKAN KEMBUNG la




Pantun Teka-Teki



1.Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?


2.Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?


3.Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?


4.Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?


5.Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?


6.Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya


7.Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?


8.Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?


9.Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?


10.Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?


11.Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia


12.Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?


13.Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?


14.Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?


15.Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?


16.Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?


17.Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?


18.Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?


19.Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?


20.Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?


Jawapan semua teka-teki di atas, sila lihat di bawah sekali.


——————————-


Teka-Teki dan Jawapan


Soalan:


Ulat daun tidur berembun
Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?


Jawapan:


Banyak orang pergi ke dusun
Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan


—————————


Soalan:


Ada satu teka-teki
Pada tuan saya bilang bagi
Kalau tuan bijak sekali
Apa binatang tiada kaki?


Jawapan:


Jangan fikir aku budak-budak
Aku tahu kamu punya cabar
Di tengah padang terlengkak-lengkak
Yang tiada kaki binatang ular


———————————


Soalan:


Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?


Jawapan:


Bawa orang dari hulu
Cendawan bulat tepi paya
Kecil segan, besar tak malu
Itulah nama kuntum bunga.


———————————-


Senarai Jawapan


Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2: Gasing
Jawapan 3: Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8: Jarum
Jawapan 9: Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur

No comments:

Post a Comment