Sunday, April 24, 2011

8 lapangan terbang yang mendebarkan

Lapangan terbang adalah satu tempat untuk kapal terbang mendarat tanpa lapangan terbang kapal terbang akan mengalami kesukaran untuk mendaratkan pesawat mereka. Tapi tahukah anda bahawa didunia ini ada 8 lapangan terbang yang agak mencabar untuk para juruterbang untuk mendaratkan pesawat-pesawat mereka?


Mari kita lihat satu per satu..

1 - Kansai International Airport
Negara : Jepun
Tarikh : 1994
Lapangan terbang ini dibina di atas pulau buatan seluas 2.5 batu panjang dan 1.6 batu lebar. Ia adalah di antara pulau buatan yang terbesar kerana boleh dilihat melalui udara dengan jelas. Para pengembara boleh sampai ke bandar utama dari lapangan terbang tersebut menaiki kereta, kereta api,atau feri berkuasa tinggi.

2 - Madeira Airport
Negara : Santa Cruz , Portugal
Tarikh : 1964
Lapangan terbang ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa. Ia dikelilingi dengan bukit bukau dan laut yang menyukarkan juruterbang untuk mendaratkan pesawat mereka walaupun mereka adalah juruterbang professional. Lapangan terbang ini mempunyai panjang 1,400 meter sahaja dan dinaikkan sebanyak 400 meter lagi.

3 - Juancho E. Yrausquin Airport
Negara :Saba, Netherlands
Tarikh : 1963
Lapangan terbang ini adalah satu-satunya lapangan terbang di kepulauan Saba di Caribbean. Ia meliputi hampir kesemua kawasan di atas pulau tersebut. Walaubagaimanapun, menurut pakar penerbangan, lapangan terbang ini masih tergolong dalam lapangan terbang yang bahaya kerana kedua-dua landasannya merupakan tempat yang berakhir dengan cenuram

 4 - Ice Runway

Lokasi : Ross Island,Benua Antartica
Tarikh : TIDAK TAHU
Lapangan terbang ini adalah antara 3 lapangan terbang yang terpenting di Benua itu untuk menghantar bekalan makanan dan bekalan yang lain-lain kepada para penyelidik yang ada disana. Di sini tiada permukaan landasan yang berturap dan akan meyukarkan untuk kapal terbang yang besar-besar nak mendarat dikuatiri akan menyebabkan kemudaratan kepada kapal terbang dan juruterbang tersebut kerana permukaan yang berais dan bersalji.

5- Princess Juliana International Airport

Negara : Saint Maarten, Eastern Caribbean
Tarikh : 1942
Bagi saya lapangan terbang ini yang paling style kerana STYLE KAN?? Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di Timur Caribbean.Pesawat terbang amat rendah kerana untuk membolehkan mereka mendarat dan para pengunjung pantai boleh menyaksikan kapal terbang lalu betul-betul bawah kepala mereka. Ini bukan Gambar photoshop ok!

6 - Courchevel Airport
Negara : France
Tarikh : N/A
Courchevel diambil sempena nama tempat tempat luncur salji yang terbesar di FRANCE. Ia mempunyai landasan yang pendek.Hanya pesawat yang tertentu sahaja dibenarkan mendarat..Pesawat kormesial yang lain tak dibenarkan.

7 - Barra International Airport
Negara : Barra, Scotland
Tarikh : 1975
Lapangan terbang ini hanya satu-satunya lapangan terbang yang memerlukan pesawat mendarat diatas permukaan pasir pantai di Pulau Barra.

8 - Lukla Airport

Negara : Nepal
Tarikh : N/A
Lapangan terbang ini terletak di kawasan pergunungan Nepal,












No comments:

Post a Comment