Friday, February 25, 2011

HAHAhahaHAHA

Konflik suami isteri

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya mengganggu jiran tetangga.


"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid.


Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.


Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari.

Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.

"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.


"Tidak!" jawab Minah.


"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!".



Panggilan sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."




Cerita berantai

 
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.


Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...


Suami menelefon Buah Hatinya :Isteri saya akan outstation selama  seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....


Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...


Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...


Atuk (boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...


Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...


Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .


Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.


Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.


Boss(Atuk) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..






Wakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....





Uji minda matematik




Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...


Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.


6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.


SOALAN:


Bapanya sekarang berada di mana ?


Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik,


sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk


berpikir secara wajar...






Tetapi...... .


Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang


membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya


bahawa hal ini bukan JOKE semata.....




cuba lihat jawapan di bawah...






Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)

M = A + 21


6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak


M + 6 = (A + 6) x 5

dimana M = A + 21


A + 21 + 6 = (A + 6) x 5


A + 27 = 5A + 30


27 - 30 = 5A - A


-3 = 4A


A = -3/4


Bererti umur anaknya sekarang


* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.


Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian)


Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...


atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak


dihasilkan ...ha... ha... ha.... Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he



Sex?


Important test...!!!!!






Are you male or female?






To know the answer look down










































































































NOT HERE...!! I SAID LOOK DOWN NOT SCROLL DOWN....







Orang ghanu nok balik raye



Adala sebuah keluarga ni dari terengganu nak balik beraya di kampung mereka, masalahnya mereka cuma ada sebuah Kancil je untuk memuatkan tujuh orang ahli keluarga tersebut...


Maka si ibu pun berkata.."Guane nih? Penuh kete. Dok muak ayoh mung wey!


Ayahnya lak jawab..."Betol jugok.Guane nok buat nih? Lamo dok sapa kampong...Tujuh oghang dokleh sumak masuk kete kancil nih. Kecik do 'oh."


Mereka pun memerah otak untuk menyetelkan problema tersebut.


Tiba2 anak mereka yang paling kecil berkata..."Ayoh..Mok...Awang tau doh guane nok buak. Kiter sekarang ada tujuh oghang. Ayoh ngan mok tamboh la sorang lg, bru jadi 'LAPANG'..."


Kek Birthday utk isteri




Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.


Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:




"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."











 




























 
Susahnya Soalan matematik ni!!!!

No comments:

Post a Comment