Wednesday, February 23, 2011

HiHiHi

Kreatif



Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..
"Ada 3 ekor burung di atas pokok..
Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi


Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..
"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..
"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..
hehehe... mat mat





Kaya&Miskin

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.


Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?


Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.


Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.


Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?


Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !


Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?


Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !







5 star hotel

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.


Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00


“Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?” tanya si suami terkejut.


Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa.”


“Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut,” kata si suami berkeras.


“Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata si pengurus tak mau kalah.


Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.


“Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus.


“Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya”


“Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…”


“Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…”





Atuk marah
 


Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan


Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)


Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.


Atuk: Tak sama apanyerr?


Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?

 
 
 
 
Siapa b*ng*ng
 
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.


Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"


Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya b*ng*ng... ni laki dia la!"




Teksi



Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong jepun yang baru melawat kuala lumpur buat pertama kali.pemandu itu membawa mamat jepun itu ke seluruh kuala lumpur.


Tiba di midvalley megamall, mamat jepun itu bertanya "berapa lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" pemandu itu menjawab, "2tahun" mamat jepun itu pun berkata dengan sombong,"kalau di jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".




Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke tempat lain pula. tiba di di kl sentral, mamat jepun itu bertanya lagi,"berapa lama pula tempat ini disiapkan??" pemandu itu pun menjawab" 11 bulan sahaja(cuba menipu)" mamat jepun itu pun berkata" kalau di jepun,tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja..". pemandu teksi yang geram dengan mamat jepun yang angkuh itu memandu ke klcc, dan sekali lagi mamat jepun itu bertanya" bagaimana pula dengan bangunan ini..?" peemandu itu buat buat terkejut dan berkata,"eh,eh semalam tak ada pun bangunan ni,bila pulak dibina... ?"














 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment